Saturday, July 20, 2013

OPS PONTIAN 13 JULY 2013



 Our squad Ali bin Abdul Hamid passed away on 19 May 2013. It was just one week before our 45th annual gathering at Gambang Water Resort in Pahang. He and his wife had registered to attend the annual gathering. It is not to be. Looks like we have lost another of our squadmates. During the gathering a collection was made to pass on to his kins.
So on 13 Jul 2013 a group of 4 led by the Apai Marzuki made their way to Pontian. Those who went were Apai Marzuki, Hj Hamdan Salleh, Bakar Burn and Mike Marzuki. They RVed at the Masjid Parit Hj Sirat in Kayu Ara Pasong, Pontian. They were met by Puan Siti Shamsiah, Ali’s widow and 3 of her children. They then went to the grave site. A tahlil was held led by Hj Hamdan Salleh.
Sqd Hj Hamdan also handed over the collection from fellow squads to Siti Shamsiah.
She recollected the ailment that befell Ali. He was suffering in silence until the fateful day he breathe his last.

Puan Siti Shamsiah relayed the anticipation and eagerness Allahyarham Sqd Ali had  in anticipation of joining the rest of the squads for the ReUnion 2013 at GAMBANG on May 28, 2013.

 His daughter Suhaida said he had kept the POEM that Allahyarham had specifically composed to be read during the grand dinner.  As it was, ALLAH loves him more.
The group had to take leave eventually. It was with a heavy heart they left yet felt fulfilled after accomplishing what they set out to do. They left after zohor prayers.
May Allahyarham Ali bin Abd Hamid be blessed and placed amongst the chosen ones.
And his poem is enshrined with us thus:

PADAMU KUINGATI TERUS MENUNJANG KEHIDUPAN

12 Regular, Memang Ada Gaya
Sejak Remaja, Sehingga Menjangkau Usia
Ada Kelas Tersendiri, Memenuhi Peristiwa
Penuh Bergalmor, Mewarnai Pelbagai Cerita.

Bermulalah Latihan Mereka Di Sungai Besi
Yang Terpilih, Berlatih Di Luar Negeri
Yang Gagal, Terkeluar Dan Diganti
Majoritinya, Terus Menghuni Persada RMC

Tercatatlah Sejarah, Apabila Latihan Bermula
Bersatulah Kadet Darat, Laut, Udara
Tiba Waktunya, Mereka Berpisahlah Jua
Tinggallah Kadet Darat, Kekurangan Anggota

Forum Skuad, Jelas Kurang Member
Tujuh Kadet SSC-14, Melengkapkan Number
Berbangga Menegakkan, Identiti 12 Regular
Sama Gigih Berjuang, Mencorakkan Character.

Kadet Darat, Yang Berbagai Rupa 
Bersatu Sejiwa Mengharungi Latihan Mereka
Semua Menggelabah Takut Kena Dera
Pengancam Utama, Memang Senior Regular

Sesungguhnya, 12 Regular Insan Jitu
Berjiwa Kental, Pelbagai Gelagat Laku
Berpegang Prinsip, Teguh-Setia-Bersatu
Bersumpah, Selagi Bernyawa Bertemu Selalu

Mereka kelompok, Berkulit Pelbagai Warna
Anak Watan, Lahir Sebelum Merdeka 
Tidak Timbul Apa Agama, Bangsa
Terpentingnya, Semua Bermisi Bakti Negara.

Taukey Don Too, Memang Ada
Silent Tan Baa Too, Ada
Lee Chee Kong, Juga Ada
Hon Mun Long, Lagi Ada.

Ada Ramasamy Pasti Ada Jayandran
Ada Choudry, Juga Singh Berserban
Ada Richard, Rais Melengkapkan Kecukan
Melayu Pula, Pelbagai Darah Campuran.

Ada Digelar Badak, Sumbunya Tiada
Ada Jenama Kelabu, Personalitinya Geliga
Majoriti Skuad, Lagi Kelamkabut Jadinya
Namun Mereka, Hebat-Hebat Belaka

Ada Pengko,  Bukan Supreme Commander
Ayam Tiada, Tetapi Gemar Laganya
Ada Tak-Boleh Sebut “R” Selamanya
Terbukti, Setiap Seorang Ada Spesialitinya

Dah-Lebih 40 Tahun Skuad Kita
Ada Rakan Sudah Berhijrah Ke Syurga
Kita Di Sini, Masih Menungkah Dunia
Tepatnya, Tunggu Nombor Giliran agaknya..

Umur Semua Dah-Lebih Setengah Abad
Walaupun Slow, Gelagat Masih Hebat
Tenaga Kurang, Tetapi Masih Bersemangat
Cakap Memang Lebih, Prestasi Lambat.

Namun Apabila Mereka Dapat Bersama
Hilang Segala Status, Kecuali Nama
Penuh Mesra, Gelak Dan Tawa
Cerita Lama, Galak Dibongkar Segera.

Memang Seronok, Melihatkan Kelibat Mereka
Semakin Meningkat Usia, Semakin Bergaya
Dahulu Memang Berglamor, Kini Bersahaja
Yang Jelas, Rambut Mereka Dah-Berwarna.

Tulang Mereka, Belum Lagi Reput
Makin Segak Walaupun Berumur Lanjut
Fizikal Agak Senget, Belum Ganyut
Otak Stabil, Mantap Aktif, Tak-Hanyut.

Cinta Kepada Isteri, Sememangnya Terangkat
Hanya Dikau, Kasih Yang Kutambat
Kasihan, Apabila Tikit Sudah Dapat
Penat Diuja, Tak-Bangun, Statik Melekat.

Namun Isteri, Faham Maksud Kita
Yang Suka, Walaupun Seketika, Mencuba
Memang Hasilnya, Pasti Tidak Kemana
Tetapi Puas, Pasti Tidur Lena.

Isteri Pula, Ibarat Pelampung Keselamatan
Tak-Gerenti Timbul, Bila Sudah Di Perairan
Namun Ibu, Teman Seiringan Seperjalanan
Setia-Sejiwa, Meredah Alam Kehidupan.

Selagi Bakti Bersambung, Pastinya Berjasa
Yang Utamanya, Pasangan Setia Bersama
Mungkin Sering Tak-Setuju, Berbeza Tiada
Susah Senang, Bangga Diharungi Berdua.

Maafkan Semua, Ibu Dan Rakan   
Mungkin Kataku, Terasa Mencuit Perasaan
Sekali Sekala, Tak-Salah Lepaskan Gian
Jadi Nostalgia, Kenangan Indah Pertemuan.

Didoakan Semua, Bahagia Sihat Sejahtera
Dengan Pasangan, Sejati Seiringan Sebaya
Selagi Bergerak, Yakin Gunakan Minda
Kalau Dah-Takboleh, Ok, Apa Nak-Dikata.

Banyak Hasrat Akan Tinggal Impian
12 Regular, Pasti Teguh Bersahutan
Teruskan Sejiwa, Ghairah Dalam Sepakatan
Gah Melata Berkawan Dipersada Kehidupan.

Selagi Bernyawa, Waras Mampu Berfikiran
Sihatkan Badan, Banyakkan Waktu Berjalan
Sudah Tersadai, Mengeluh Bukan-Bukan
Penyesalan Panjang, Akibat Abaikan Kesihatan.

Selagi Sihat, Juga Masih Berkesanggupan
Berjanjilah Kita, Setia-Bersama Disemarakkan
Semoga Kekal, Episod Sebegini Berteruskan
Walaupun Kecil, Ianya Menyinari Persahabatan

Lanjutlah Umur, Moga Melimpah kebahagiaan
Teruja Menanti, Kemesraan Sentiasa Berdatangan
Dirgahayu, Duhai Teman Dan Rakan
Subur Segarlah, Disisi Isteri Kalian.

Ibarat Kereta Tua Tanpa Geris
Yang Boleh Diklasfikasikan Pakai Habis
Begitulah Umur Kita Semakin Menipis
Seperti Perahanan Tanpa Anti-Kalis.

Namun Banyak Lagi Boleh Disumbangkan
Kepada Agama, Bangsa Dan Watan
Agar Hidup Ini Penuh Kesejahteraan
Sebelum Kita Sampai Dititik Penyudahan.

ALI BIN ABDUL HAMID
410679
 

 


Alfatihah
Salam.